Telegram Group Search
Tahukah anda hanya dengan 1 klik anda boleh tunaikan 2 dari 3 amalan yang tidak akan putus selepas mati seperti sabda Rasulullah saw:

β€œApabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." (HR Muslim 1631)

***
Testimoni: Prof Dr Zainur Rashid telah memilih buku Latar Geopolitik Dunia terbitan IRIS Institute sebagai teman permusafiran. Semoga ilmu dalam buku ini membantu Prof dalam kerja-kerja kemanusiaan beliau.

Jom kita jadikan bahan bacaan berkualiti ini sebagai teman perjalanan anak muda menuntut ilmu melalui projek wakaf buku.


Klik sini:
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
Teman perjalanan,

Perjalanan dari KL ke Manchester mengambil masa 16 jam termasuk 7 jam dari KL-Dubai dan 6 jam 40 minit dari Dubai-Manchester.

Secara peribadi, di usia yang meningkat ini saya semakin kurang menyukai perjalanan jauh sebegini.

Kenapa? Tempohnya sangat panjang.

Al Quran dan buku adalah teman terbaik untuk dijadikan teman, selain daripada rakan seperjalanan untuk misi yang sama.

Alhamdulillah, saya sempat memilih buku 'Latar Geopolitik Dunia' sebagai teman perjalanan kali ini.

Ternyata bahawa buku ini adalah pilihan yang sangat berbaloi buat permusafiran panjang di bulan Ramadan, tatkala merentas negara antarabangsa yang nama-namanya turut disebut dalam buku terbitan IRIS Institute ini.

Alhamdulillah, sempat bertilawah beberapa juzuk alQuran dan menyelami muqaddimah dan 2 bab pertama buku ini berkenaan,

- Latar Geopolitik Dunia
- New World Order
- Elit Global Kapitalis Yahudi

Ya, isi kandungannya penting untuk difahami dan dihayati.

Dr Z

https://www.tg-me.com/zainurrashid

Bersambung...
Apakah nasib penjawat awam di Malaysia? Apakah masa depan perkhidmatan awam di Malaysia?

Gaji penjawat awam rendah. Buktinya, 50% daripada 1.62 juta penjawat awam di Malaysia tidak mampu beli rumah.

Bagaimana dengan simpanan wang untuk persaraan? Skim pencen penjawat awam akan dimansuhkan.

Sekiranya rakyat Malaysia semakin kurang berminat untuk menyertai perkhidmatan awam, kualiti kehidupan rakyat akan merosot kerana perkhidmatan awam dan pelaksanaan dasar kerajaan terjejas.

Selain political will, kita perlukan ilmu yang betul untuk ubah nasib dan masa depan Malaysia.

Mari sama-sama sertai projek wakaf buku IRIS & PEMIKIR dalam usaha membangunkan kerangka ilmu dan kepimpinan demi masa depan Malaysia yang lebih cerah.

Klik sini:
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
π—ͺπ—˜π—•π—œπ—‘π—”π—₯ π—₯π—œπ—§π—¨π—”π—Ÿ π—Ÿπ—˜π— π—•π—¨ π— π—˜π—₯𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗑 π—šπ—˜π—’π—£π—’π—Ÿπ—œπ—§π—œπ—ž π—£π—”π—Ÿπ—˜π—¦π—§π—œπ—‘

Ritual Lembu Merah atau 'Red Heifer' adalah upacara yang ingin dilaksanakan oleh orang Yahudi sebelum merobohkan Masjid Al-Aqsa bagi membolehkan kuil ketiga dibina di Baitulmaqdis.

Apakah sebenarnya Ritual Lembu Merah ini dan bagaimana kesannya terhadap geopolitik di Palestin dan sekitarnya jika dilaksanakan? Sertai webinar ini untuk mendapatkan penjelasannya.

Tarikh: 4 April 2024 | Khamis
Masa: 9.30 pagi - 11.00 pagi
Medium: Google Meet

Daftar di sini: bit.ly/duniapalestin005
Ada satu sisi kepimpinan Rasulullah saw dalam Perang Ahzab yang amat jarang disebut.

Kita sering dengar bagaimana Rasulullah saw menunjukkan contoh sebagai seorang pemimpin dalam Perang Ahzab seperti bagaimana baginda sendiri turun menggali parit bersama para sahabat walaupun baginda lebih lapar dari mereka. Baginda juga meningkatkan semangat perjuangan para sahabat dengan doa dan peringatan tentang kehidupan akhirat.

Namun kita jarang beri perhatian kepada bagaimana Rasulullah saw melakukan kajian dan risikan bagi membaca realiti dan mengatur strategi dalam mendepani musuh.

Bagaimana baginda tahu tentang pakatan antara kaum Yahudi dan musyrikin untuk menyerang Madinah?

Bagaimana baginda dan para sahabat mendapat idea untuk menggali parit?

Bagaimana mereka mengatur strategi untuk melindungi kaum wanita dan kanak-kanak?

Bagaimana kesatuan pihak musuh berjaya dilemahkan sehingga akhirnya musuh mengundurkan diri?

Selain bantuan Allah, semua ini mustahil berlaku tanpa proses mengumpul, menganalisa dan menyebarkan maklumat yang baik serta cara fikir strategik dengan kerangka kefahaman yang betul mengenai percaturan kuasa.

Malangnya, umat Islam hari ini ketandusan pemimpin seperti ini sehingga diratah oleh kuasa-kuasa dunia yang lain.

Mari bersama IRIS & PEMIKIR bangunkan kembali kepimpinan Islam melalui projek wakaf buku.

Klik sini:
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran  
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran  
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
Perlumbaan merebut pahala dalam baki Ramadan tahun ini

"Alhamdulillah, dah dapat buku! Semoga para penyumbang murah rezeki, panjang umur dan dimudahkan semua urusan."

Terima kasih kepada para penyumbang projek wakaf buku pemikiran IRIS & PEMIKIR.

Masih belum terlambat untuk menyumbang. Sumbanglah sebanyak dan sekecil mana pun pasti tidak disia-siakan oleh Allah.

β€œYa Rasulullah! Apakah amalan yang terbaik?” Baginda menjawab, β€œSedekah dalam kesihatan, keberatan kerana takutkan kemiskinan dan mengharapkan kekayaan. Janganlah menunda-nunda sampai saat mendekati kematian dan kemudian mengatakan, β€œBerikan itu kepada si fulan itu, dan itu kepada si fulan.” Dan itu sudah menjadi milik seperti itu (seperti sudah terlambat).” (Bukhari & Muslim)

Klik sini:
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
Jumaat terakhir Ramadan adalah Hari Al-Quds.

Daripada Huzaifah al-Yaman RA, sabda Rasulullah SAW:

β€œTidak ada iktikaf (yang utama), kecuali di tiga masjid, Masjid al-Madinah (Masjid Nabawi), Masjid Makkah (Masjid al-Haraam), dan Masjid Iliya (Masjid al-Aqsa).” (HR al-Baihaqi)

Moga suatu hari nanti kita dapat beriktikaf Ramadan di Masjidil Aqsa.

Sahutlah seruan pembebasan tanah suci ketiga umat Islam ini.

Rebut peluang ganjaran pahala seribu bulan melalui usaha j1h4d ilmu ini dengan projek wakaf buku pemikiran IRIS & PEMIKIR.


Klik sini:
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
SALAM LEBARAN 1445 HIJRAH

Seluruh warga IRIS Institute mengucapkan Salam Akhir Ramadhan dan Salam Lebaran buat seluruh umat Islam.

Semoga Allah menerima seluruh amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan ini.

Moga bulan Syawal  membawa sinar harapan untuk umat Islam khususnya di Gaza.

Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, semoga silap dan salah mohon diampunkan.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Melihat perkembangan sekarang (US-Israel-Iran), saya teringat kepada salah satu buku yang saya baca sewaktu belajar sarjana dulu berjudul β€œUseful Adversaries” tulisan Thomas Christensen.

Buku itu memberikan pandangan mengapa dahulu pertembungan antara US dan China (era Truman) adalah satu pertembungan yang β€˜bermanfaat’ bagi kedua dua kuasa tersebut.

β€œIn these cases the extension of short-term conflict was useful in gaining popular support for the overall grand strategy that each leader was promoting domestically.”

(Dalam kes-kes yang dikaji ini, konflik jangka pendek diperpanjangkan/diperbesarkan kerana ia berguna untuk mendapatkan sokongan popular terhadap strategi utama yang ingin dipromosikan oleh pemimpin negara di peringkat domestik).

Bahasa orang kampungnya, konflik yang terancang ialah drama sesama negara yang bergaduh, untuk dapatkan sokongan orang kepada perancangan lain yang asalnya tak ada atau dah hilang sokongan.

Dalam kes US-Israel-Iran sekarang, inilah juga saya fikir apa yang berlaku. US dan Isreel sudah hilang legitimasi dan sudah tiada langsung asas untuk mendapat sokongan terhadap apa yang mereka lakukan di Gaza. Iran pun dapat manfaat menjadi hero di mata rakyat, dan hero melawan musuh Gaza di mata dunia.

Namun dalam buku Christensen dia juga mengakui; kadang-kadang konflik terancang pun boleh terbabas di luar kawalan dan membesar jadi perang sebenar. Pemimpin mungkin pandai main wayang tapi arus bawah yang sudah terbakar tak mudah nak dikawal kalau sudah marak.

Yang pasti, apa yang menjadi bahan taruhan kuasa kuasa yang bertarung ini ialah bumi Gaza yang disimbahi darah manusia tidak berdosa.

Syed Ahmad Israa' Syed Ibrahim
CEO IRIS Institute
PENDAPAT | Penilaian Konflik Iran-Israel Daripada Perspektif Negara Islam
Oleh: Asyraf Farique, Ketua Pegawai Operasi IRIS Institute

Selain Israel, Iran juga bertanggungjawab dalam mencetuskan ketidakstabilan di rantau Timur Tengah.

Penglibatan Iran dalam beberapa siri rampasan kuasa, dan pertarungan kuasa di Syria, Iraq, Yemen, Kuwait, Bahrain di bawah projek β€œSyiah Crescent” – Bulan Sabit Syiah untuk menjadi kuasa serantau di Timur Tengah telah membawa kepada banyak pertumpahan darah.

Berbeza dengan majoriti negara Sunni di sana yang memilih untuk ditarik ke dalam orbit kuasa barat yang diketuai Amerika Syarikat dan Israel, Iran pula sebaliknya menjalinkan pakatan yang sangat kuat bersama Rusia dan China, dalam membentuk blok kuasa yang baru di Timur Tengah.


https://fokus.my/penilaian-konflik-iran-israel-daripada-perspektif-negara-islam/


_ _ _ _ _
Ikuti Channel FOKUS+ untuk artikel-artikel yang lebih menarik
https://www.tg-me.com/FOKUSplus
Serangan oleh Iran tempoh hari telah mencipta satu arus wacana dalam dunia timur tengah. Adakah mereka penyelamat tanah suci umat Islam atau mereka mempunyai hasrat yang berbeza ?

Apa hubungkait mazhab syiah dengan tindakan mereka? Apakah sejarah mereka dalam konflik timur tengah ini? Adakah mereka penyelamat dunia Islam yang ditunggu-tunggu ketika ini?

Kami bawakan kepada anda, rancangan borak-borak Astaka episod 2 dalam kita mengupas isu semasa dan terkini.

19 April 2024 (Jumaat)
Bertempat di Astaka Fikir, Bangi
PERANG LEBIH BESAR?

Adakah serangan Iran baru-baru ini berpotensi mencetuskan perang serantau?

Ikuti ulasan Ketua Pegawai Operasi IRIS INSTITUTE, Asyraf Farique di Agenda Awani pada malam ini:

πŸ”Έ Tarikh: 18 April 2024 (Khamis)
πŸ”Έ Masa: 8.30 Malam
πŸ”Έ Siaran: ASTRO AWANI (SIARAN 501)
2024/04/29 08:36:30
Back to Top
HTML Embed Code: